PENYENGGARAAN DAN PEMBAIKAN

PENYENGGARAAN DAN PEMBAIKAN

Jenis Lampu
Tanda Kerosakkan
Punca
Cara Mengatasi/ Pengujian
Pijar
Mentol tidak menyala
·   Filamen  terbakar
·   Tamatan lampu dan  pemegang tidak  bersentuhan

·   Tukar mentol
·   Uji Pemegang lampu

Mentol berkelip

·   Sesentuh   pemegang lampu longgar.
·   Tamatan pengalir   pemegang lampu longgar

·   Uji tamatan  pemegang lampu
·   Uji tamatan pengalir pemegang  lampu

Pendarflour
Tiub tak menyala

·   Kerosakan tiub /ballast / pemula
·   Punca  sambungan  pemegang lampu longgar


·   Uji keterusan filamen tiub.
·   Uji keterusan balast
·   Ganti  pemula
·   Uji keterusan litar dan   ganti pemegang lampu

Tiub berkelip

·   Sambungan tiub longgar
·   Kerosakkan tiub/  pemula
·   Pin tiub patah

·   Uji keterusan litar
·   Ganti tiub
·   Ganti pemula

Lampu mengeluarkan bunyi

·   Kerosakkan ballast
·   Ganti balast
·   Ketatkan sambungan litar

Wap Raksa dan Wap Sodium
Mentol tidak menyala

·   Kerosakan mentol /   Balast/ Pencucuh
·   Punca sambungan   litar longgar.

·   Uji mentol pada set lampu lain
·   Uji keterusan
·   Periksa keadaan fizikal iaitu kesan terbakar
·   Ketatkan sambungan

Lampu berkelip

·   Punca sambungan   litar longgar
·   Kerosakkan filamen  lampu
·   Pin mentol patah

·   Ketatkan sambungan litar.
·   Ganti mentol

Lampu menghasilkan bunyi

·   Kerosakkan balast

·   Uji penebatan dan keadaan fizikal ballast
·   Ganti balast

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Bagi menjaga keselamatan semasa melakukan kerja-kerja pemasangandan penyenggaraan lampu nyahcas,langkah keselamatan berikut mesti dipatuhi.

1. pengasingan
  • Semua pemasangan litar mestilah mempunyai cara untuk mengasingkan bekalan utama dengan beban.
  • pemasangan dan pengasingan ini mesti diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada aras yang ditetapkan.
  • langkah-langkah tertentu mestilah diambil apabila hendak melakukan kerja penyenggaraan. Contohnya, kunci atau letakkan label keselamatan dan pengasingan
2. Pemfiusan
  • mesti menggunakan kadaran fius yang dapat memberi perlindungan daripada lebihan arus lampau.
3. Pembumian
  • semua bahagian logam mesti dibumikan.
  • autopengubah mesti dibumikan 
  • semua keterusan bumi mesti teguh.

PERATURAN STM/ IEEE BAGI PEMASANGAN LAMPU NYAHCAS

Penggunaan lampu-lampu nyahcas melibatkan kadar voltan yang tinggi. Bagi mengelakkan kemalangan, semua pemasangan lampu nyahcas perlu mematuhi peraturan- peraturan yang telah ditetapkan.

1. Penggunaan suis kawalan
  • Semua suis yang digunakan mestilah mempunyai kadaran arus dua kali kadaran arus lampu
2. Faktor pembetulan

  • Pengiraan beban bagi lampu – lampu nyahcas mestilah didarabkan dengan faktor pembetulan 1.8.
3. Faktor kuasa

Gambarajah 1 : Pemasangan Lampu Neon
  • Bagi mengelakkan kejatuhan factor kuasa dalam pemasangan, semua lampu nyahcas mestilah dilengkapkan dengan pemasangan pemuat.

4. Pemasangan, perlindungan arus lebihan           dan perlindungan arus bocor ke bumi.

  • Bagi memenuhi perkara peraturan STM/IEE, semua pemasangan lampu nyahcas mestilah mengadakan pengasingan yang menggunakan suis dwi kutub, perlindungan arus lebihan yang menggunakan fius dan pemutus litar dan perlindungan arus bocor ke bumi yang menggunakan tebatan dan pembumian pada semua bahagian logam pemasangan.


KENDALIAN LAMPU PIJAR DAN LAMPU NYAHCAS

KENDALIAN LAMPU PIJAR DAN LAMPU NYAHCAS.

1. Kendalian Lampu Pijar


  • Apabila tenaga elektrik dibekalkan kepada lampu pijar, Dawai filamen yang halus akan mengeluarkan cahaya.Kecerahan bergantung kepada suhu haba yang tinggi dan bentuk filamen


Gambarajah 1 : Dalaman Mentol 

NO
BAHAGIAN
FUNGSI
1
Tukup Bayonet
Menutup sampul kaca dan menyambung kepada pemegang lampu
2
Penyokong Kaca
Memegang filamen
3
Filamen Tungsten
Mengeluarkan cahaya
4
Tiub kaca
Membuat 1 ruang vakum


2. Kendalian Lampu Pendarflour



  • Tenaga elektrik dibekalkan terus ke balast, filamen kanan, pemula, filamen kiri dan kembali ke punca neutral.
  • Balast berfungsi untuk menghadkan nilai arus dan menghasilkan voltan yang lebih untuk memanaskan filamen.
  • Filamen menjadi panas dan menghasilkan elektron. Elektron  akan bergerak melalui wap/gas dengan pantas. Keadaan ini menyebabkan pendarflour menyala dan hasilkan cahaya.


Gambarajah 2 : Kompenan dalaman lampu pendarflour


3. Kendalian Lampu Wap Raksa.

Gambarajah 3 : Dalaman Mentol Wap Raksa
                                                                                                    
                            
Gambarajah 4 : Kompenan Dalaman Lampu Wap Raksa

  • Lampu ini mempunyai tiub kuat yang mengandungi raksa tekanan tinggi dan sedikit gas argon. 
  • Terdapat 3 Elektrod utama iaitu 2 elektrod  utama dan 1 elektrod bantu. 
  • Apabila elektrod dipanaskan apabila kuasa diberi proses nyahcas akan berlaku dan akan memanaskan elektrod kemudian menghasilkan cahaya. 


4. Kendalian Lampu Wap Sodium

  • Suatu  autopengubah disambungkan pada litar lampu wap sodium bertekanan rendah untuk meningkatkan voltan. 
  • Apabila tenaga arus dibekalkan, proses nyahcas akan berlaku di antara bahan sodium dalam bentuk pepejal dengan gas neon yang terdapat didalamnya. Cahaya akan terhasil. 

Gambarajah 5 : Dalaman Mentol Wap Sodium


KEGUNAAN LAMPU PIJAR DAN LAMPU NYAHCAS

Jadual 1 :kegunaan lampu pijar dan lampu nyahcas

BIL
LAMPU
JENIS
PEMEGANG
KEGUNAAN
1






PIJAR


Hampa gas (vakum) jenis lampu rendah



Skru Edison Bayonet
Peralatan jenis voltan lampau rendah :
      ·         Lampu suluh
      ·         Lapu pada alat                  permainan kanak-              kanak
      ·         Lampu hiasan

Berisi gas


Skru Edison Bayonet
Peralatan voltan rendah :
      ·         Lampu domestic
      ·         Lampu hiasan
      ·         Lampu limpah
      ·         Lapu tumpu







2.







PENDAFLUOR


Tunggal dan kembar



Pin
Pencahayaan domestic dan komersial seperti :
      ·         Pejabat
      ·         Hospital
      ·         Bank


Bulat


Pin
Pencahayaan domestic dan komersial seperti :
      ·         Pejabat
      ·         Hospital
      ·         Bank


Kembar , CFL cepat mula
   
Pin dan skru edison
      ·         Pusat komersial
      ·         Pejabat
      ·         Hospital
      ·         Bank

3.

LAMPU WAP RAKSA


Pin dan Skru Edison
Pencahayaan :
      ·         Jalan
      ·         Halaman




4.



LAMPU WAP SODIUM

Tekanan Rendah

Skru Edison
Pencahayaan :
      ·         Jalan
      ·         Halaman



Tekanan Tinggi


Skru Edison
Pencahayaan :
      ·         Pusat Komersial
      ·         Kompleks Sukan
      ·         Dermaga
      ·         Tempat Letak Kereta

JENIS-JENIS LAMPU ELEKTRIK

JENIS-JENIS LAMPU ELEKTRIK

Pada masa kini,terdapat pelbagai set lampu moden yang boleh dipilih oleh pengguna untuk tujuan pencahayaan dan menghias ruang rumah,pejabat dan pusat komersial. akan tetapi, lampu terbahagi kepada dua jenis iaitu lampu pijar dan lampu nyahcas.


JENIS-JENIS LAMPU ELEKTRIK

1. Lampu Pijar
Gambar rajah  1 : Lampu Pijar

  • Lampu pijar ialah lampu yang mempunyai dawai filamen tungsten halus yang disokong oleh alas kaca.
  • terbahagi kepada dua jenis lampu iaitu lampu pijar hampa gas dan lampu pijar berisi gas.
  • lampu pijar hampa gas tidak mengandungi gas di dalam mentolnya manakala lampu pijar jenis gas berisi nitrogen atau argon didalam nya.
  • warna asas kecerahan lampu pijar berisi gas adalah berwarna merah atau kuning.








2. Lampu Nyahcas
lampu jenis nyahcas berbeza dengan lampu jenis pijar. Lampu jenis ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu lampu pendafluor, lampu wap raksa, dan lampu wap sodium

(a). lampu pendafluor
  • Lampu pendafluor ialah lampu wap raksa bertekanan rendah. Lampu ini diperbuat daripada satu tiub kaca yang diselaputi pendafluor fosforus yang diisikan dengan wap raksa serta sedikit gas argon.
  • pada kedua-dua hujung tiubnya, diletakkan filamen.
  • proses nyahcas berlaku apabila voltan tinggi dibekalkan pada lampu ini.
Gambar Rajah 2 : Binaan Lampu Pendafluor



BIL
KOMPONEN
FUNGSI
1.
Balast                                              
        - Meningkatkan voltan pada permulaan
        - Mengehadkan arus litar semasa kendalian
2.
Pemula
        -  Melengkapkan litar lampu pendafluor ketika permulaan
3.
Tiub lampu
        -   Menghasilkan cahaya
4.
Pemuat
        -   Membaiki factor kuasa.




(b). Lampu Wap Raksa
Gambar rajah 3 : Lampu wap raksa
  • lampu jenis ini terdiri daripada dua jenis iaitu lampu wap raksa tekanan rendah dan lampu wap raksa tekanan tinggi.
  • lampu pendafluor merupakan contoh lampu wap raksa tekanan rendah.
  • lampu wap raksa tekanan tinggi biasanya digunakan untuk sistem pencahayaan industri, pusat komersial dan lampu jalan atau halaman. 
  • gambar rajah 3 merupakan contoh lampu wap raksa





(c). Lampu Wap Sodium
Gambar rajah 4 : Lampu wap Sodium
  • Lampu jenis ini juga terdiri daripada dua jenis lampu iaitu lampu wap sodium tekanan tinggi dan lampu wap sodium tekanan rendah.
  • Jenis tekanan rendah biasanya berbentuk U dalam bekas kaca dua lapisan.
  • Lapisan dalam mengandungi pepejal sodium dan gas neon. 
  • Lapisan luar pula berfungsi menghalang haba keluar. 
  • Balast digunakan pada lampu untuk menghasilkan voltan yang lebih tinggi. Bahan aluminium oksida yang mampat pula digunakan untuk membuat tiub lampu sodium tekanan tinggi
  • Lampu ini mengeluarkan cahaya putih keemasan.
  • Gambar rajah 4 menunjukkan contoh lampu wap sodium.