KENDALIAN LAMPU PIJAR DAN LAMPU NYAHCAS

KENDALIAN LAMPU PIJAR DAN LAMPU NYAHCAS.

1. Kendalian Lampu Pijar


  • Apabila tenaga elektrik dibekalkan kepada lampu pijar, Dawai filamen yang halus akan mengeluarkan cahaya.Kecerahan bergantung kepada suhu haba yang tinggi dan bentuk filamen


Gambarajah 1 : Dalaman Mentol 

NO
BAHAGIAN
FUNGSI
1
Tukup Bayonet
Menutup sampul kaca dan menyambung kepada pemegang lampu
2
Penyokong Kaca
Memegang filamen
3
Filamen Tungsten
Mengeluarkan cahaya
4
Tiub kaca
Membuat 1 ruang vakum


2. Kendalian Lampu Pendarflour



  • Tenaga elektrik dibekalkan terus ke balast, filamen kanan, pemula, filamen kiri dan kembali ke punca neutral.
  • Balast berfungsi untuk menghadkan nilai arus dan menghasilkan voltan yang lebih untuk memanaskan filamen.
  • Filamen menjadi panas dan menghasilkan elektron. Elektron  akan bergerak melalui wap/gas dengan pantas. Keadaan ini menyebabkan pendarflour menyala dan hasilkan cahaya.


Gambarajah 2 : Kompenan dalaman lampu pendarflour


3. Kendalian Lampu Wap Raksa.

Gambarajah 3 : Dalaman Mentol Wap Raksa
                                                                                                    
                            
Gambarajah 4 : Kompenan Dalaman Lampu Wap Raksa

  • Lampu ini mempunyai tiub kuat yang mengandungi raksa tekanan tinggi dan sedikit gas argon. 
  • Terdapat 3 Elektrod utama iaitu 2 elektrod  utama dan 1 elektrod bantu. 
  • Apabila elektrod dipanaskan apabila kuasa diberi proses nyahcas akan berlaku dan akan memanaskan elektrod kemudian menghasilkan cahaya. 


4. Kendalian Lampu Wap Sodium

  • Suatu  autopengubah disambungkan pada litar lampu wap sodium bertekanan rendah untuk meningkatkan voltan. 
  • Apabila tenaga arus dibekalkan, proses nyahcas akan berlaku di antara bahan sodium dalam bentuk pepejal dengan gas neon yang terdapat didalamnya. Cahaya akan terhasil. 

Gambarajah 5 : Dalaman Mentol Wap Sodium


No comments:

Post a Comment