JENIS-JENIS LAMPU ELEKTRIK

JENIS-JENIS LAMPU ELEKTRIK

Pada masa kini,terdapat pelbagai set lampu moden yang boleh dipilih oleh pengguna untuk tujuan pencahayaan dan menghias ruang rumah,pejabat dan pusat komersial. akan tetapi, lampu terbahagi kepada dua jenis iaitu lampu pijar dan lampu nyahcas.


JENIS-JENIS LAMPU ELEKTRIK

1. Lampu Pijar
Gambar rajah  1 : Lampu Pijar

  • Lampu pijar ialah lampu yang mempunyai dawai filamen tungsten halus yang disokong oleh alas kaca.
  • terbahagi kepada dua jenis lampu iaitu lampu pijar hampa gas dan lampu pijar berisi gas.
  • lampu pijar hampa gas tidak mengandungi gas di dalam mentolnya manakala lampu pijar jenis gas berisi nitrogen atau argon didalam nya.
  • warna asas kecerahan lampu pijar berisi gas adalah berwarna merah atau kuning.








2. Lampu Nyahcas
lampu jenis nyahcas berbeza dengan lampu jenis pijar. Lampu jenis ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu lampu pendafluor, lampu wap raksa, dan lampu wap sodium

(a). lampu pendafluor
  • Lampu pendafluor ialah lampu wap raksa bertekanan rendah. Lampu ini diperbuat daripada satu tiub kaca yang diselaputi pendafluor fosforus yang diisikan dengan wap raksa serta sedikit gas argon.
  • pada kedua-dua hujung tiubnya, diletakkan filamen.
  • proses nyahcas berlaku apabila voltan tinggi dibekalkan pada lampu ini.
Gambar Rajah 2 : Binaan Lampu Pendafluor



BIL
KOMPONEN
FUNGSI
1.
Balast                                              
        - Meningkatkan voltan pada permulaan
        - Mengehadkan arus litar semasa kendalian
2.
Pemula
        -  Melengkapkan litar lampu pendafluor ketika permulaan
3.
Tiub lampu
        -   Menghasilkan cahaya
4.
Pemuat
        -   Membaiki factor kuasa.




(b). Lampu Wap Raksa
Gambar rajah 3 : Lampu wap raksa
  • lampu jenis ini terdiri daripada dua jenis iaitu lampu wap raksa tekanan rendah dan lampu wap raksa tekanan tinggi.
  • lampu pendafluor merupakan contoh lampu wap raksa tekanan rendah.
  • lampu wap raksa tekanan tinggi biasanya digunakan untuk sistem pencahayaan industri, pusat komersial dan lampu jalan atau halaman. 
  • gambar rajah 3 merupakan contoh lampu wap raksa





(c). Lampu Wap Sodium
Gambar rajah 4 : Lampu wap Sodium
  • Lampu jenis ini juga terdiri daripada dua jenis lampu iaitu lampu wap sodium tekanan tinggi dan lampu wap sodium tekanan rendah.
  • Jenis tekanan rendah biasanya berbentuk U dalam bekas kaca dua lapisan.
  • Lapisan dalam mengandungi pepejal sodium dan gas neon. 
  • Lapisan luar pula berfungsi menghalang haba keluar. 
  • Balast digunakan pada lampu untuk menghasilkan voltan yang lebih tinggi. Bahan aluminium oksida yang mampat pula digunakan untuk membuat tiub lampu sodium tekanan tinggi
  • Lampu ini mengeluarkan cahaya putih keemasan.
  • Gambar rajah 4 menunjukkan contoh lampu wap sodium.

No comments:

Post a Comment